Lyrics


April 14th, 2008

Adikku Pandai Menari featuring VE

Intro:-
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Phlowtron mengundang anda,
Nikmatilah musik sensasi,
Kugiran manja.

Menari (3x)

Khazanah:-
K- h-a-z-a-n-a-h
Kembali semerah Marikh
Planet pujangga kudansa aras atmosfera
Gamat bertenaga, pakar suku kata
Fenomena pena, revolusi minda
Kiniku laksamana anti-propagandaSimbol darah muda
Pabila gema irama terbuai ke udara
Hip Hop Phlow yang teristimewa
Jangan duga-duga
Marilah adikku goyanglah seperti tarian purnama

CHORUS:-
Adikku pandai menari (menari)
Menari dia menari
Adikku pandai menari (menari)
Menari menghiburkan hati

Lah:-
Sayang sayang semua sayang padanya…
Ohh…
Bijak sungguh apabila berkata…

Andika:-
Pahlawan kini kembali penuh dengan aksi,
Angkasa di langit menjadi saksi,
Enak memang pasti,
Jangan tunggu sampai basi,
Inilah yang dikatakan, irama Melayu asli,
Malapetaka yang binasa kini sudah tiba,
Menyampai sarikata irama dendangan yang tak terkira,
Gemerlap malam ke hening senja,
Ku buka jendela, kusampaikan prosa cahaya tuk penglipurlara,
Fajar baldu dewangga sutera,
Kata-kataku terapung di udara,
Penyejuk bara, mengebaskan rasa,
Ku telah menyiarkan auraku ke seluruh pelosok benua,
Hembusan angin laut timur sudah merusuk telinga,
Membuka minda tuk si dinda,
Bukankah ini yang kau pinta,
Phlowtron tuk menjadi kerangka utama seluruh dunia.

CHORUS:-
Adikku pandai menari (menari)
Menari dia menari
Adikku pandai menari (menari)
Menari menghiburkan hati

Alia:-
Pusing pusing, pusing adik pusing
Pusing aha pusing adik pandai
Tepuk tepuk pandai adik tepuk
Pusing tepuk adik sangat pandai

Khazanah & Andika:-
Jadi ku tampil kehadapan
Khusus buat adik-adik ku yang manis-manis muda
Yang kecil-kecil comel
Yang cantik-cantik molek
Dan yang pandai gelek-gelek
Hey ! Rasakanlah enak cinta rasa
Khazanah, Supafreak, Alia melangkah ke masa kehadapan
Tanpa anggapan
Bergelek gaya nombor lapan
Dalam khayalan
Macam orang beraya sakan
Ini bukan lamunan tetapi hidangan
Tuk menganggu jiwa perasaan
Peninggalan seniman yang menjadi ikutan yang payah tuk
Kalian semua lupakan
Harus dipertengahkan
Ayuh kita mulakan pergerakan
Melaungkan pesanan yang menjadi tatapan
Phlow maksudnya puitis dayabumi,
Tron pula kiasan bagi adunan gubahan teknologi

Lah:-
Bila muzik berbunyi
Rancak seperti ini
Dia tak tunggu lagi
Terus dia menari

CHORUS:-
Adikku pandai menari (menari)
Menari dia menari
Adikku pandai menari (menari)
Menari menghiburkan hati

Bicara Neguran

Intro:-
Kuala Lumpur!!!…
Tiba masanya untuk Phlowtechanology!
Andika! Khazanah! Alia! Ulat bulat!
Phlowtron!!!…

Khazanah:-
Jika dunia ini hanya sementara
Seumpama sutradara manusia boneka
Layar lara, satu ketika kisah yang membara
Gadis dara yang dilanda dilema
Sandera rencana, matanya hanya pada yang kaya
Jangan lupa! Pengorbanan dan pencabulan diri
Maksudnya berbeza jauh berbeda
Jadi pabila caramu dibubar oleh kiasan Khazanah
Ku hanya menyatu kamu dengan intisari rizab Malaya pusaka
Jika ghairah dengan hiasan dunia semata-mata
Tiada gembira tiada bahagia
Jika mukadimah cara hidup mata duitan
Suci daranya tiada sinarnya

CHORUS:-
Dilema!
Kau fikirkan dua
Cahaya!
Dimanakah ia?
Sepinya!
Yang kau sangka
Sinarnya!
Mengabur mata

Alia:-
Mengapa?

Andika:-
Masihkah kau tertanya-tanya arah tuju dan haluan?

Alia:-
Siapa?

Khazanah:-
Kau menyambut kembali binasa hati tak berkeruan

Alia:-
Yang menghancur diri jadi buka mata,
Terima gemar irama wahai adinda,
Dunia hanya sementara dua rupa,
Asal –usul tradisi di lupa sahaja,
Kebahagiaan mu akan hadir jua,
Jika kau lupakan pastinya kan bersua,
Hapuskan nafsu yang menodai jiwa mu,
Biarlah pergi beban dari bahumu

CHORUS:-
Dilema!
Kau fikirkan jua
Cahaya!
Dimanakah ia?
Sepinya!
Yang kau sangka
Sinarnya!
Mengabur mata

Andika:
Kebahagiaan jelas di hadapan mata,
Yang buruk sah dipilih sungguhpun yang baik nyata,
Asal usul tradisi dilupakan saja,
Bukalah mata, wahai adinda,
Kaulah pemberi nyawa kurniaan yang indah,
Pada kau hanya yang lacur diberi endah,
Sederet emas-emasan yang tak sudah,
Tidakkah kau lihat wajah-wajah memandang rendah,
Harga dirimu hanya sekecil talam,
Sebenar-benar dirimu dibiar karam,
Sungguh jarang kau tatang cahaya malam,
Jangan biar jiwamu berkecai sehalus garam,
Waktu-waktu yang lalu tak mungkin kembali,
Bagai jagung hangus kau mereka diri,
Kini masanya kau menyoal akan diri,
Tidak pernah lewat tuk hidupmu kembali abadi

CHORUS:-
Dilema!
Kau fikirkan jua
Cahaya!
Dimanakah ia?
Sepinya!
Yang kau sangka
Sinarnya!
Mengabur mata

OUTRO
Jangan ragu –ragu…. Phlowtron sudah tiba
Khas buat orang-orang kuatku
Battalion Sabah, Sarawak
Seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura
Satu dunia

Oh Cinta featuring Fabulous Cats

Phuture Phlow..

CHORUS:-
Ohh..
Bawalah daku bersamamu oh sayang,
Kita kan terbang ke angkasa kekayangan.

Khazanah:-
Seperti bidadari yang memancar segala aura,
Kadang kala ku tangis, ku tenung, ku terasa,
Keanggunan kata-katamu yang tersisih dari pura-pura,
Suka duka tiada lagi bermakna,
Wahai cinta seribu ciumanmu,
Menusuk kalbu seluas lautan syahdu,
Seindah purnama kilauan mata,
Kelembutan jiwa ragamu,
Oh Cinta, terima cintaku dalam dingin pertama,
Rindu subur pertama,
Seolah –olah aku cintamu yang pertama,
Kali mata bertentang mata,
Kalimah kasih yang tiada ucapannya,
Yang tiada riwayatnya,
Tiada tandingannya,
Cinta yang tiada pengakhirannya,
Seperti bidadari yang membelai bintang purnama,
Ku ingin menawanmu…oh cinta

CHORUS:-
Ohh..
Bawalah daku bersamamu oh sayang,
Kita kan terbang ke angkasa kekayangan.

Fabulous Cats:-
Episod kisah cinta musim ini agak berbeza,
Berbeza berganda dari yang dulu-dulu,
Sudahlah dah sudah,
Kirim salam sajalah,
Peringkat itu tiada penyudah,
Bukannya sengaja aku patahkan luka dan jiwa sesiapa,
Sekarang ku dah rasa berbeza,
Kan ku dah dewasa, tinggalkan semua bara,
Ku bawa ceria ke mukanya ya,
Mainan bicaraku kan ku bawa kau syurga dunia,
Bersama merata kita jelajah cinta
Percayakah kau? Adakah kau percaya?
Cubalah kau percaya? Kau tak percaya?
Ku alu-alukan kehadiranmu oh cinta.

CHORUS:-
Ohh..
Bawalah daku bersamamu oh sayang,
Kita kan terbang ke angkasa kekayangan.

Andika:-
Pada suatu hari ku buka mata dirimu ku lihat,
Hidayah menjelma dihadapan tanpa ku niat,
Menyerupai sekuntum bunga seanggun merak,
Kehalusan sentuhanmu buat hatiku tergerak,
Beriku permisi menjadi pahlawan hatimu,
Cintamu menyusuk kalbu kaulah teman jiwaku,
Kehidupan seharian denganmu sentiasa cerah,
Cintaku padamu dan hanya padamu kan ku serah,
Dunia kita berbeda namun kita sepadan,
Dugaan kita lalui hanya menjadi rintangan,
Bilaku dalam kegelapan kau menjadi cahaya,
Sinaran yang mengalahkan bintang-bintang di angkasa,
Adakah ku dalam lamunan? Adakah ini nyata?
Susah buatku untuk percaya namun ku pasti akan cinta kita,
Kerana inilah persoalan sering diriku tanya,
Langkah demi langkah ini permulaan kasih kita.

Suara Dunia

CHORUS:-
Bagaimanakah?
Hilangnya nilai dunia,
Bagaimanakah?
Isi hati di suara,
Bagaimanakah?
Menerangi kegelapan,
Bagaimanakah?
Ikhlas memberi harapan,

Khazanah:-
Diskriminasi!
Epigraf Khazanah ini bermula dengan mentera isi hati luka,
Hipokrasi!
Anak merdeka ditindis berkorban untuk negara yang disanjung jua,
Propaganda!
Pabila isu politik dicemar membina rakyat yang upama boneka,
Revolusi!
Ku hanya meminta restu kanak-kanak kebulur di bumi ini gembira,
Dominasi!
Sang buaya korbankan erti hidup dengan menerbitkan gejala manusia,
Kapitalis!
Si sakit hanya tertangis dan mereka tertawa epedemik ini bermula,
Manifestasi!
Kuberpinta agar cuaca akan cerah, kuhanya satu perseribu secalit pena,
Cinta Suci!
Dengan berkat kurnia si Esa, makbulkan doa sehingga bertemu semula.

CHORUS
Alia:-
Oh Tuhan…..

Andika:-
Maafkanku kerana kadang kala ku rasa dunia ini binasa,

Alia:-
Manusia…..

Khazanah:-
Hanya lupa padaMu, sentiasa meminta restuMu pabila berduka,

Khazanah dan Andika:-
Jadi kami lupa! Jahil di muka dunia,
Hidup sementara dilihat bagai syurga,
Syurga –syurga helah bernafaskan lelah,
Masa depan mengah! Dunia yang terbelah!

Alia:-
Suara tangisan jiwamu,
Digebar hajatmu,
Memori diputar,
Hadirnya perit dibuai,
Hatiya disangkar jua.

CHORUS
Andika:
Sebaik-baik bumi menyentuh si matahari,
Kegelapan kini menyelubungi langit pagi,
Mulut angin menghembus embun kelabu malam,
Ku menyala api harapan tetapi sering terpadam,
Hati putih manusia bagai kata-kata syair,
Suci seakan gunungnya yang air matanya mengalir,
Tidak perlunya wujud tilam penindasan,
Tahukah anak-anak kecil erti alasan,
Pabila deritan suara gasar sepahit abu,
Bukalah lipatan kertas yang kalimahnya syahdu,
Tiada gunanya memadah hanya kata bicara,
Jika tiada ranting lelus yang menerkap sinar telaga,
Siratulrahim terbina taksub yang utuh,
Jalan pertalian yang mana mungkin akan lumpuh,
Mahukah kita lihat anak-anak kecil kian layu,
Biarlah ia mengulum seribu garis pada satu.

Warisan Senikata Malaya

CHORUS:-
Sayang sayang semua sayang
Tanah Melayu kami sayang
Warisan bangsa karya berzaman
Bagai puisi indah diteman awan

Andika:-
Tatkala api dinyala
Suasana kini membara
Kalau bulan tak timbul apakah langit berduka nestapa
Tenaga sinaran cahaya memanduku ke arah merdeka
Keajaiban matahari di angkasa menerangi semesta
Lebah yang menghulurkan madu tetap kan meracunimu
Bisa bagai kerepuhan paku bagaikan luka baru
Seperti danau yang menakung air
Semulajadi semakin mahir
Dengan mawar di pagi hari mentafsir sebuah syair

CHORUS:-
Sayang sayang semua sayang
Tanah Melayu kami sayang
Warisan bangsa karya berzaman
Bagai puisi indah diteman awan

Alia:-
Wahai semua
Marilah bersuka
Phlowtron menanti berkarya belaka

DIKIR BARAT:-
Hari ini kami bersuka-ria
Jemput sekali hilangkan sedih suka-duka
Lagu ini kami tuju pada semua
Kata nasihat supaya kita tidak lupa

Khazanah:-
Kini ku mandiri intipati intisari deklamasi puitis sakti
Dinihari provokasi seiri duri
Budi bicara duta
Khazanah pujangga bangsa
Indera Samudera
Tanah tumpah darahnya
Tirai terbuka laksamana mara
Kata nyata pakar suku kata
Irama negara Dewangsa istimewa
Sempurna seperti pancabuta warisan jazirah Malaya

CHORUS:-
Sayang sayang semua sayang
Tanah Melayu kami sayang
Warisan bangsa karya berzaman
Bagai puisi indah diteman awan

Marilah Bergoyang

Intro:-
Yeah,yeah… Phlowtron kembali
Kenali, marilah bergoyang sekali

KL bergoyang-goyang
Jakarta bergoyang-goyang
JB bergoyang-goyang
Singapura bergoyang-goyang
Jogja bergoyang-goyang
Penang bergoyang-goyang
Bali bergoyang-goyang
Go! Go! Goyang-goyang-goyang

Khazanah:-
Khazanah warisan seniman bangsa Malaya
Duta rizab pujangga perwira alam maya
Darah muda di dalam rencana zaman karya
Sinar ilham laman puitis kupersembahkan Gah
Senikata Gah, sutradara Gah, Phlowtron seniman Gah
Jadi tunjukkan tanda damaimu lambaikan tangan
Bertuju-tuju lenggok secara berpusu-pusu
Angguk gelek beribu-ribu, teman-temanku
Dari Jakarta ke Kuala Lumpur
Singapura ke Bali ke Johor Bahru
Singgahlah ke tanah tumpahnya darahku
Rakyat jelata, pulau-pulau dan tanah-tanah Melayu
Mari kita bersatu, kata seruku
Oleh itu jangan duduk diam membisu lesu
Suara lagu irama kini berderu-deru
Untuk rakan-rakanku Gah, justeru itu

CHORUS:-
Marilah bergoyang-goyang semua goyang
KL bergoyang-goyang
Jakarta bergoyang-goyang
Singapura bergoyang-goyang
Bandung bergoyang-goyang
Marilah sekali bergoyang-goyang
Semua goyang goyang goyang

Andika:-
Pembukaan jendela kupersembahkan sebuah karya
Oleh Khazanah, Andika turut serta Alia
Warisan karyawan, pengubahsuai industri
Meskipun ia masih diselebungi dengan misteri
Bumi mula bergegar, dengarlah ia berdentum
Seumpama langit memetir guruh di tengah gurun
Dari Malaya ke Indo mulanya pengembaraan
Lihatlah ke awan, munculnya titik kemerdekaan
Mereka berkata, kami penghina bahasa
Walhal kami hanya luahkan suara seni kata-kata
Sebahagian dari itu, kami ingin mengiurmu
Tuk membuka minda janganlah dirimu membisu
Ayuh kita semua sorak bersama-sama
Tepuk tangan dan ikutilah irama
Tujuan ke hadapan lupakanlah semua drama
Kan kita terbang bebas ke langit tinggi seperti burung camar

CHORUS:-
Marilah bergoyang-goyang semua goyang
KL bergoyang-goyang
Jakarta bergoyang-goyang
Singapura bergoyang-goyang
Bandung bergoyang-goyang
Marilah sekali bergoyang-goyang
Semua goyang goyang goyang

Bridge”Old Skool Rap”:-
Warga kota Asia!
Bukalah jiwa, raga dan minda

Suara fana!
Kini noda ke udara raya

Jendela cinta!
Tanah Malaya dan muzik hiphop

Ke semua benua!
Daya kuasa ini memang kren ngetop

Jadi segala yang hampa dulu
Nestapa cahaya kami luhur
Marilah bergoyang ke satu tuju
Muara fajar baru berderu
Marilah kita bergoyang-goyang semua
Beramai-ramai menuju terus ke puncak dunia
Marilah kita bergoyang-goyang semua
Beramai-ramai menuju terus ke puncak dunia

CHORUS:-
Marilah bergoyang-goyang semua goyang
KL bergoyang-goyang
Jakarta bergoyang-goyang
Singapura bergoyang-goyang
Bandung bergoyang-goyang
Marilah sekali bergoyang-goyang
Semua goyang goyang goyang

Medan bergoyang-goyang
Kuantan bergoyang-goyang
Ipoh bergoyang-goyang
Sabah Sarawak bergoyang-goyang
Bandung bergoyang-goyang
Alor Star bergoyang-goyang
Ganu Kelate bergoyang-goyang
Go! Go! Goyang goyang goyang
Marilah melancong ke Malaysia


Trackback URI | Comments are closed.